9 August 2011

HEPI ANIVERSARRY ..........

Alhamdulillah,hari ni genap 3 tahun usia perkahwinan aku dan suami..
sepanjang 3 tahun ni, macam2 cabaran dan dugaan dilalui oleh aku dan suami..
kadang2 dugaan tu mencabar kesabaran diri..

dan dah 3 tahun juga menanti permata hati kami...
tp sehingga hari ini masih lg belum menampakkan hasil..
dah mcm2 cara samaada tradisional atau moden ,namun belum ada rezeki...

walau macam mana pun, usaha tetap usaha...
kdg2 give up jugak,sedih pun ada...
iri hati ngan org yg cepat je lekat perut..huhu...
semuanya keje Allah..sapelah kita hendak menidakkan kuasa Allah...

Doa kami suami isteri pd tahun ke 3 ulangtahun perkahwinan ialah :
1. moga Allah mengurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah pada kami.
2.moga zuriat yang lahir nanti, akan jd seorang yg taat pada perintah Allah..
3.Zuriat yang lahir nanti, akan menjadi anak penyejuk hati kami berdua...
4.Yang berbakti pada Agama dan bangsa sendiri...

YA ALLAH, makbulkan lah doa kami suami isteri....AMinnnnnnnnnnn...





8 August 2011

8/8/2011-Isnin

Adoiiii,sakit perut pulak hari ni...
rasanya cik P nak kunjung tiba...
redha je la...nampaknya belum ada rezeki nk timang cahaya mata lg..
InsyaAllah,pasni berusaha lebih sikit..

Erm,esok aniversarry yang ke-3...
dah beli hadiah untuk hubby...
tapi hubby xtau la nk buat surprise apa pulak kali ni...

kan best kalau boleh bagi hadiah UPT 2 line kat hubby...mesti melompat dia..
tapi belum ada rezeki...huhu

2 August 2011

Cabaran bulan puasa..

Salam....
adoiiii,ngantuknya..
dugaan berpuasa...
rasa mcm xnak dtg keje je....
tp susah pulak kalau xdtg keje....

macam biasa pagi ni masih amalkan ayat-ayat yg sy dapat dalam satu laman forum (kredit to Ratuhati)..

AMALANNYA:

Setiap kali slps solat Subuh dan Maghrib, bacalah ayat di bawah:
1. Al fatihah, diikuti
2. Ayat 89 surah Al-Anbiya'
3. Ayat 38 surah Ali Imran
4. Ayat 30 surah Al-Anbiya'
5. Kemudian baca 7 kali doa berikut:

"Subhanahu man amruhu baynal kaafi wan nuun. Subhanahu man amruhu iza araada syai an an yaquula lahu kun fayakuun. As 'alullah al-'azim rabbul 'arsyil 'azim an yashfiyana."

InsyaAllah,moga mendapat keberkatan dan apa yang dihajati menjadi kenyataan (untuk menjadi ibu)...
Aminnnn....

1 August 2011

macam ni nak buat blog...

Salam..
rupa2nya senang je nak buat blog ni..
haiisshhh,ingatkan susah..
saje je try2 tetiba menjadi....

dalam kebosanan tak tau nk buat apa,
maka terbina la blog JANNATUL FIRDAUS..
nama di beri sempena nama syurga Allah...